Tuesday, December 28, 2010

kasih...

Kasih... kuciptakan cinta ini hanya untuk mu, dari dasar hatiku mengatakan hanya kau cinta hatiku. ku mengharapkan hubungan yang kita bina sekian lama terjalin berterusan dan abadi. keindahan cintamu xdapat diganti dengan keduniaan, keayuan wajahmu hanya digadai dengan nyawaku yg menjadi taruhan untuk pastikan dirimu selamat sejahtera. kehangatan cintamu dapat membakar salji yang sekian lama membeku... begitu yang ku rasa dalam hatiku ini, sentiasa menyintaimu kerana cinta kita sentiasa di baja angin rindu. biarlah bulan tersenyum girang tanda kebahagiaan cinta kita.
kasih... kau ku ibaratkan bunga sakura yg begitu berharga, bayangmu sentiasa datang bertamu dengan bayangku walau hanya dalam ilusiku wujudkan. namun nyata hatiku tetap melewati jiwa dan arus hatimu. ku rela dibakar cinta membara andai kekal denganmu. biar jauh kita terpisah tapi ikatan kasih ini langsung tidak terjejas kerana dapat aku lihat wajah ayumu dalam fikiranku. walau seribu cerucuk datang kepadaku, sanggup aku menahan sakitnya untuk ku katakan yang aku cintakan kau kasih...

No comments:

Post a Comment